“Sudah penat bersabar.. Delete gambar suami” 10 tahun berkahwin.. Irma Hasmie dedah masalah & beri bygn Status Hubungan kini..

Pelakon Irma Hasmie hari ini telah mencuri perhatian ramai apabila dia ada memuat naik satu hantaran berbaur sedih dan kecewa di Instagram miliknya.

Dalam hantaran tersebut, Irma ada menulis kapsyen di mana dia menzahirkan erti sabar seorang isteri yang melahirkan anak-anak untuk sang suami.

 
Jangan ajari seorang isteri sabar. Kerana dia pernah digunting, dipotong dan dijahit hidup hidup untuk memberimu gelaran seorang ayah.
Irma Hasmie

Berikutan itu, netizen di ruangan komen mula membuat spekulasi dan meneka aktres dan personaliti TV itu sedang mempunyai masalah dalam rumah tangganya.

Menjengah ke ruangan komen, bukan sahaja netizen malah rakan-rakan artis turut menitipkan ucapan semangat buat Irma atas segala dugaan yang mungkin dihadapinya pada ketika ini.

Irma dalam pada itu turut membalas komen warga maya dan memohon doa daripada orang ramai agar dikurniakan kesabaran yang tinggi.

Minta maaf semua, kebaikan itu datang daripada Allah dan keburukan adalah daripada saya sendiri.

Alhamdulillah, memang sabar itu kugenggam semampunya. Mohon doa sahabat-sahabat syurga.
Malah, foto suami Irma, Redza Syah Azmeer Radzuan juga sudah tidak kelihatan lagi di Instagram miliknya; hanya tinggal foto anak-anak dan aktiviti seni dibiarkan di media sosial pelakon itu.

Sekadar info, Irma telah mendirikan rumah tangga bersama Redza yang merupakan seorang duda dan juga ahli perniagaan pada tahun 2012.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang anak yang kini berusia 10 dan 9 tahun.
Sumber : negaramerdeka.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*