‘Mangsa baru lepas baik dari kanser, rupanya dah lama dibuli’ – 7 suspek belasah remaja telah ditahan

Satu video tular di media sosial semalam memaparkan seorang remaja lelaki dipukul secara bertubi-tubi oleh sekumpulan pelajar remaja lain.

Dalam video berdurasi 58 saat, mangsa kelihatan sudah lemah dan tidak berdaya untuk melawan.

Menurut satu hantaran di aplikasi X, mangsa didakwa sudah lama dibuli dan mangsa juga dikatakan baru sahaja pulih dari penyakit kanser. Pelaku dan mangsa dipercayai merupakan pelajar SMK Puteri Wangsa, Johor.

“Lagi kes buli. Kali ini budak yang kena buli itu anak kawan mak aku. Memang ###### weh

“Rupa-rupanya mangsa dah lama kena buli. Budak itu (mangsa) sudahlah baru lepas baik daripada kanser. Diorang (suspek) ni memang teringin jawab SPM dalam lokap agaknya.

“Kadet polis, tapi perangai banduan,” kata sumber di Twitter.

Susulan insiden itu, tangkapan telah dibuat ke atas sekumpulan remaja tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat, tangkapan telah dilakukan susulan laporan yang telah dibuat pada jam 4 petang semalam.

Siasatan awal mendapati, kejadian disyaki berlaku di sebuah taman permainan di kawasan Putri Wangsa, Johor Bahru.

Suspek utama cemburu mangsa berkawan dengan teman wanitanya, lalu ajak rakan-rakan lain membelasah mangsa

Polis mengesahkan motif sekumpulan suspek membelasah remaja lelaki berusia 15 tahun dalam video yang tular di media sosial sejak semalam adalah kerana cemburu mangsa berkawan dengan teman wanita kepada salah seorang suspek.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian itu berlaku pada 9 Ogos lalu dan suspek utama mengaku tidak berpuas hati dengan mangsa.

Setakat ini, seramai tujuh pelaku berusia antara 14 hingga 17 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.

Sumber: TwitterBuletin TV3 / thereporter

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*