Sudah 27 Tahun Kahwin & Miliki 3 Anak Bijak, Inilah Isteri Pelakon Azhar Sulaiman Yg Ramai Tak Tahu!

Sebut sahaja nama Azhar Sulaiman pasti ramai yang mengenali pelakon kacak ini. Mula menceburi industri seni sekitar tahun 1989, Azhar pernah membintangi beberapa filem popular antaranya Abang 92. Berbakat sebagai pelakon, aktor ini juga mempunyai kelulusan akademik dalam bidang seni bina dan bergelar arkitek.

Azhar Sulaiman yang berusia 51 tahun merupakan finalis Hero Remaja 1990/1991. Di sebalik kejayaan Azhar, ada seorang wanita bergelar isteri yang sentiasa menyokong perjuangan suami. Tahun ini genap 27 tahun usia perkahwinan Azhar bersama isteri tercinta, Chempaka Emalin Pahamin.

Mesra menyapa isteri dengan gelaran Maling, Azhar bertuah dikurniakan isteri yang bukan hanya ‘humble’ dan bijak tetapi juga cukup menjaga nama baik suami.

Mengenali Chempaka, ibu hebat berusia 51 tahun pada 25 November lepas ini ialah anak sulung kepada Datuk Pahamin A Rajab dan Datin Zainab Mohamad. Bapanya merupakan pengasas bersama AirAsia Berhad dan pernah berkhidmat dalam kementerian serta agensi kerajaan lebih 30 tahun.

Sebelum ini bapa Chempaka menggalas tugas Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan.

Meskipun berasal dari keluarga ternama namun Chempaka seorang wanita ringkas dan selesa tidak dibayangi hidup glamor memandangkan suaminya berstatus selebriti. Aktif menyertai Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Chempaka dilantik sebagai Asia Pacific Regional committee untuk tempoh 2022-2025.

Bukan itu saja, Azhar sebelum ini turut pernah mendedahkan isterinya ialah seorang peguam. Malah keluarga Chempaka juga memiliki fima guaman berdaftar dengan Majlis Peguam Malaysia dikenali sebagai Pahamin & Pahamin.

Wanita bijak ini juga ibu kepada tiga anak iaitu Kasih Leia Ixora, Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin. Mewarisi gen bijak Azhar dan Chempaka, ketiga-tiga cahaya mata pasangan ini menjadi tumpuan masyarakat kerana meraih keputusan akademik cemerlang.

Anak sulung mereka, Kasih Leia Ixora berjaya tamat pengajian di University of Notthingham pada Julai lepas. Sementara anak kembar, Kasih Iris Leona dan Rees pula sambung pengajian di luar negara sejak September lalu.

Sumber: Nona

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*