Ibu minta maaf tak boleh komen, suruh tanya pada Syafiq dan Mimi

Syafiq Kyle dan Ibu

USULAN terdapat dakwaan kononnya pelakon Syafiq Kyle dan Mimi Lana dikatakan bernikah pada malam Jumaat, ibu kepada aktor berkenaan iaitu Rohaya Sulaiman menafikan tuduhan tersebut.

Rohaya, 60, juga bagaimanapun enggan mengulas lanjut berkenaan pembatalan pernikahan majlis Syafiq atau Muhammad Syafiq Shamim, 31, dan menyerahkan kepada anak lelakinya dan Mimi untuk memberitahu punca sebenar yang berlaku.

“Ish, tidaklah mana ada (nikah) malam ni… saya rasa lebih baik tanya sendiri kepada Syafiq dan Mimi.

“Saya tiada komen tentang pembatalan pernikahan mereka. Saya minta maaf, saya tidak boleh beri sebarang komen,” katanya kepada mStar.

Syafiq Kyle dan Ibu

Ibu syafiq enggan mengulas punca sebenar Syafiq dan Mimi membatalkan pernikahan mereka.

Sebelum ini, seorang netizen mendakwa pasangan selebriti berkenaan sebenarnya bernikah pada malam ini.

Sumber yang mendakwa jiran kepada Mimi dari Taiping, Perak membuat kenyataan itu pada komen di laman sosial.

Semakan pihak mStar dengan produksi drama lakonan Mimi pula mendapati aktres berkenaan sudah mengambil cuti panjang bermula Jumaat tanpa menjelaskan tujuannya.

Sebelum itu, pengurus Mimi iaitu Iman Tang memaklumkan pembatalan majlis pernikahan dan resepsi pasangan berkenaan disebabkan terikat dengan jadual penggambaran selain perlu menyelesaikan beberapa perkara dengan Syafiq.

Syafiq dalam satu kenyataan kepada media sebelum ini memaklumkan persiapan pernikahan mereka sedang berjalan lancar dan hanya menanti hari bahagia.

Untuk rekod, pasangan ini juga pernah dikatakan putus cinta pada Mei 2020 selepas lima tahun bersama namun hubungan mereka kembali bertaut apabila berkongsi gambar di media sosial.

Sumber Mstar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*