Bayi mavt, isteri parah angkara kecuaian pemandu lori

‘Saya tidak akan memaafkan kamu semua. Setiap hari saya melihat isteri menangis merenung gambar baby & luka-luka di badannya,” kata bapa mangsa.

Seorang bayi (dalam kandungan) maut, manakala ibunya cedera parah selepas kereta yang dipandu oleh bapanya  terbabit dalam kemalangan di laluan Gerik, baru-baru ini.

Menurut Ding Sheng Koh, pada hari kejadian, dia bersama isterinya yang sedang hamil anak sulung sedang dalam perjalanan menuju ke destinasi.

Tiba di lokasi kejadian, Ding ternampak sebuah lori di hadapan datang dengan kelajuan yang tinggi melalui selekoh tersebut dengan badan lori itu yang kelihatan condong.

Ding segera memperlahankan kenderaannya, namun muatan lori tersebut yang dikata melebihi ketinggian ‘pagar’ terjatuh dan menimpa keretanya dan sebuah lagi kereta di hadapan sebelum terbalik.

Kemalangan itu menyebabkan bayi dalam kandungan isterinya meninggal dunia, manakala isterinya mengalami kecederaan parah di mana rahimnya pecah, tulang belakang terbelah tiga, tiga tulang rusuk patah, otak dan hati cedera.

“Ini anak pertama kami, kenapa kamu (pemandu dan syarikat lori) begitu kejam merampas dia dari kami? Kerana kecuaian pemandu lori dan mereka yang terlibat telah menyebabkan bayi sulung kami pergi buat selama-lamanya. Saya tidak akan memaafkan kamu semua.

“Sehingga ke hari ini, belum ada sesiapa pun dari pihak syarikat lori berkenaan yang menghubungi untuk menyatakan permohonan maaf di atas kecuaian pemandunya.

“Kejadian ini telah memusnahkan keluarga kami. Setiap hari saya melihat isteri saya menangis melihat gambar bayi dan luka di badannya,” katanya.

Menurut Ding, selepas kejadian itu berlaku, pemandu lori terbabit dikatakan cuba melarikan diri tanpa sedikit pun menghiraukan keadaan mereka. Namun, suspek berjaya ditahan dalam sekatan jalan raya di Jeli.

Ding turut mempertikaikan pihak syarikat logistik berkenaan yang dengan sewenang-wenangnya membenarkan pemandu lori membawa muatan melebihi paras ketinggian yang selamat, selain memandu secara berbahaya.

“Saya harap pemandu lori itu mendapat balasan yang sepatutnya dan dikenakan tindakan undang-undang. Saya juga berharap pihak syarikat berkenaan tampil memberi penjelasan mengapa selepas kejadian itu, tiada seorang pun wakil mereka yang tampil memohon maaf.

Sumber: Ding Sheng Koh

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*