Anak sulung sayu panggilan terakhir ayah… rupanya pemandu E-hailing sempat bagi gambar.

Anak kepada pemandu e-hailing, Sharipuddin Shaari, 53, yang turut menjadi mangsa nahas pesawat terhempas di Elmina, Seksyen U16, Shah Alam memaklumkan bapanya sempat menelefon ibunya sebelum kejadian.

“Kali terakhir dia (ayah) telefon ibu saya. Dia kata berhenti minum sekejap, kejap lagi abang balik,” katanya.

Anak sulung arwah, Muhammad Sharul Izuan, 16, berkata, dia hanya mengetahui kejadian selepas anggota polis datang ke rumah kira-kira jam 6 petang.

10 disah maut dalam nahas pesawat terhempas di Elmina - KP Selangor | Astro Awani

Menurutnya, mereka sekeluarga terkejut dan tidak percaya apabila diberitahu arwah turut terlibat dalam insiden berkenaan.

“Pada pagi hari kejadian (Khamis), sebelum ke sekolah, saya sempat bertegur dengan ayah yang sedang isi air di tangki kereta.

“Minggu lepas waktu kami sekeluarga dalam perjalanan ke ‘mall’ di Sepang untuk beli buku adik, dia (arwah) tiba-tiba bagi dua gambarnya untuk saya simpan.

Dia hanya kata, ambil dan simpan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di kediaman mereka di Taman Desa Vista, di sini pada Jumaat.

“Kejap Lagi Abang Balik” - Sayunya Panggilan Terakhir Pemandu E-Hailing Untuk Isteri, Sempat Bagi Gambar ...

Dalam kejadian kira-kira jam 2.40 petang, Khamis, Sharipuddin yang bekerja sebagai pemandu e-hailing sedang melalui kawasan terbabit sebelum pesawat yang membawa enam penumpang bersama dua juruterbang dilaporkan gagal dikawal lalu terhempas mengenai kereta jenis Nissan Almera dipandunya.

Sharipuddin yang berasal dari Arau, Perlis meninggalkan seorang balu, Suriana Muda, 43, dan dua anak iaitu Muhammad Sharul serta Nur Izzara Arissya, 9.

Difahamkan, jenazah Sharipuddin akan dikebumikan di di Tanah Perkuburan Islam Masjid Sultan Hishamuddin Bandar Baru Salak Tinggi.

Sumber: Sinar Harian, Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*