Duit bukan isu, saya nak dia ada zuriat yg keluar drpd rahim dia sendiri.

PEMPENGARUH media sosial Abang Tesla secara berseloroh tidak menolak akan berkahwin lagi jika isteri keduanya juga tidak mampu memberinya zuriat.

Abang Tesla atau Muhammad Kahl Iltizam Yusry bagaimanapun menjelaskan soal anak bukan punca dia berkahwin dua sebaliknya ada faktor dalaman yang tidak dapat didedahkan.

“Fasal zuriat bukan faktor utama tapi ada faktor dalaman… Kalau nak cerita ia akan membuka aib dan saya tidak mahu buat begitu.

“Apa yang pasti selepas berpoligami semua jadi ‘cantik’. Semua masalah dalaman yang berlaku selesai.

“Kahwin sebab nak anak itu tidak benar,” katanya.

Caprice 1

Muhammad Kahl menjelaskan perkara itu ketika muncul dalam siri podcast di saluran YouTube Caprice Original Films.

“Sebelum ini kami sudah buat pemeriksaan kesihatan dan melalui semua fasa bagi mendapatkan cahaya mata malah isteri pernah mengandung tetapi gugur.

“Soal duit bukan isu, biar duit habis banyak pun tidak mengapa. Insya-Allah saya akan usaha nak dia ada zuriat yang keluar daripada rahimnya sendiri,” jelasnya.

Sementara itu, bercerita mengenai isteri keduanya, Abang Tesla berkata, dia bukan mahu menyorokkan identiti wanita berkenaan sebaliknya enggan mengeruhkan keadaan sedia ada.

“Saya memang suruh dia jangan guna media sosial sejak tiga bulan lepas… Saya tak mahu orang melebih-lebih apabila saya maklumkan mengenai perkahwinan kami.

“Apa paling penting sekarang hanya kita dan Allah sahaja tahu apa niat kita,” jelasnya.

Sumber : Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*